Friday 9 April 2021

Pelapik Dagu


Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua...
Alhamdulillah...

Pelapik Dagu
RM4.00 sehelai
Tidak termasuk Pos atau COD

COD hanya di dalam daerah Johor Bahru sahaja...

Kain Lycra
Warna, hitam sahaja

Jika berminat, boleh hubungi 011-18548992 (Uzair)

Deechoqo Baby Crunchy

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua...
Alhamdulillah...

Deehoqo Baby Crunchy
RM15.00 sebalang King Milky (Coklat)
RM16.00 sebalang White 
RM17.00 sebalang Japanese Matcha (Teh Hijau)
Tidak termasuk Pos atau COD

COD hanya di dalam daerah Johor Bahru sahaja ya...

Info Produk :
- Baby Crunchy ini hendaklah disimpan di dalam suhu bilik.
- Terbalikkan ia 2-4 minit sebelum makan. Mulakan dengan Bismillah ya.

Jika berminat, boleh hubungi 011-18548992 (Uzair)

Monday 1 March 2021

Kuih Tart Nenas

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua...
Alhamdulillah...

Pre-Order
Kuih Tart Nenas
RM15 sebalang (28biji)
RM28 sebalang (50biji)

Tidak termasuk COD...

COD hanya di daerah Johor Bahru sahaja ya...

Jika berminat, boleh hubungi 011-18548992 (Uzair)

Sunday 17 January 2021

Permulaan baharu


Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua...
Alhamdulillah, setelah lama menyepi, kami kembali...

Dahulu kami berdua, kini hadirnya anak kami, Ammar, penyeri hidup kami...


Wednesday 31 May 2017

Do'a menghadapi musibah

Daripada Ibn 'Abbas r.h. bahawa Rosulullah S.A.W. berdo'a ketika ditimpa musibah :

"(Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Lembut, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan pemilik 'Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan tujuh lapis langit dan Tuhan Bumi, dan Tuhan pemilik 'Arasy yang mulia.)"
Muttafaq 'alaih.

Dipetik dari Kitab Riyadhus Solihin.
Wallahualam.

Friday 26 May 2017

Do'a menghadapi hutang

Daripada 'Ali r.h. bahawa ada seorang hamba (yang dijanjikan akan dimerdekakan setelah menjelaskan hutang-hutangnya) datang kepada saya mengadu : "Sesungguhnya aku tidak mampu membayar hutang-hutangku maka tolonglah aku." 'Ali r.h. berkata : "Mahukah kamu aku ajarkan do'a yang pernah diajarkan oleh Rosulullah S.A.W. , seandainya kamu menanggung hutang seberat gunung pasti Allah S.W.T. membayarnya untukmu?" Ucapkanlah :

"Allahummakfinii bihalalika 'an haromika, wa auninii bifadhlika 'amman siwak"

(Ya Allah, cukupkanlah aku dengan kehalalanMu dan jauhkan aku dari keharamanMu, cukupkanlah aku dengan kurniaMu dan jauhkan aku dari selainMu)."
Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi, beliau berkata : "Hadis ini hasan".

Dipetik dari Kitab Riyadhus Solihin.
Wallahualam.

Friday 5 May 2017

Zikir Amalan 1

https://youtu.be/mnACoC9EQb0

Daripada 'Uthman Ibn 'Affan r.h. , beliau berkata : "Rosulullah S.A.W. bersabda : "Tidak ada seorang hamba pun yang membaca setiap pagi dan petang :

(Zikir yang dibacakan oleh Tuan Munif)

(Dengan nama Allah yang tidak akan ada sesuatu pun di Bumi dan di langit yang berbahaya dengan namaNya, dan Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui), sebanyak tiga kali melainkan tidak akan ada sesuatu pun yang membahayakannya."
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Al-Tirmizi. Al-Tirmizi berkata : "Hadis ini hasan sohih."

Dipetik dari Kitab Riyadhus Solihin.
Wallahualam.